Tuesday, February 23, 2010

kerja kursus 1,2,3

Pelajar 4B dikehendaki membuat semua kerja kursus Learning Area 1

1. Jalankan program antivirus. Scan folder atau mana-mana drive, jika jumpa virus catatkan tindakan yang perlu ambil. Cetak setiap langkah . Hantar cetakan tersebut kepada guru anda untuk difailkan.

2. Jalankan perogram anti Spy Ware. dowwload perisian Ad Aware. Jalankan dan cetak antaramuka skrin sama seperti kerja kursus pertama. Cetakan antaramuka skrin yang memaklumkan pelaksanaan proses perlu dihantar kepada guru anda untuk difailkan.

3. Membina persembahan powerpoint dan sesi pembentangan tajuk terpilih

Semua pelajar diminta serius melaksanakan kerja kursus ini kerana markah pembentangan akan diambilkira.

Pelajar diingatkan bahawa anda mempunyai masa seminggu untuk membuat persediaan. Kepada ahli kumpulan, sila beri kerjasama pada kumpulan anda. Setiap ahli kumpulan turut akan membuat pembentangan di hadapan kelas mengikut giliran.

Selepas pembentangan sila serahkan softcopy dan hardcopy kepada guru anda untuk difailkan.

Semua markah kerja kursus ini adalah sebahagian 30% markah sebenar peperiksaan SPM anda pada tahun 2011.

Ujian setara 1 yang akan dilaksanakan pada 8 Mac 2010 ini turut mengambilkira markah kerja kursus anda.

Ujian bertulis 70% daripada pemarkahan
Kerja kursus (Learning area 1) - 30 %

Jumlah markah = 100%

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.