Tuesday, January 26, 2010

Lesson 6: Computer ethics

Computer ethic is a system of moral standard used as a guideline for computer users.

Code of ethic is a guideline in ICT that help determine whether a spesific computer action is etichal or unethical.

Intelectual property - work create by inventors, authors and artists.

Privacy - refer to the right individuals and companies to deny or restrict the collection and use of information about them

Computer crimes- any illegal acts involving computers

Cyber Law- any law relating to protect the internet and other online communication technologies.

Lesson 5: The impact of ICT on society

Jelaskan kesan-kesan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan kita sehari-hari.

Jawapan di bawah cuma contoh sahaja:

1. Mengurang penggunaan kertas

2. Cepat, murah dan menjimatkan masa. Contohnya hantar surat melalui pos biasa lambat sampai. Guna email dalam tempoh beberapa saat sampai ke destinasi atau kepada penerimanya.
3. Tanpa sempadan. Maklumat boleh dicapai di mana-mana sahaja. 24 jam sehari.

4. Perkongsian maklumat amat mudah. Kongsi dengan seluruh dunia. Kongsi maklumat, berita, kumpulan perbincangan, melalui mail dan forum di internet

Lain-lain kesan ICT :

1. Dari sudut kesihatan, terlalu lama di hadapan komputer boleh meletihkan mata. Boleh pening, migrain dan sebagainya

2. Badan juga boleh sakit jika terlalu lama duduk menggunakan komputer. Namun pengeluar produk cuba menyelesaikan dengan mencipta peralatan yang ergonomik. Iaitu boleh digunakan dengan selesa.

Contoh menyelesai masalah ini seperti menggunakan screen filter supaya mata tak sakit.
Kerusi yang ergonomic mengentikan tekanan pada tulang belakang

Kesan negatif ICT yang lain

1. Penipuan
2. Pencurian identiti
3. Pornografi - visual tak senonoh
4. Serangan penggodam komputer

Lesson 4: Computerised and non computerised systems

Huraikan situasi bidang-bidang berikut sebelum era ICT dan selepas era ICT

jawapan dibawah cuma contoh sahaja

1. Pendidikan

Sebelum ada ICT cikgu-cikgu guna kapur tulis dan papan hitam
Zaman ICT cikgu-cikgu guna komputer dan LCd untuk membuat persembahan slaid pengajaran

2. Sistem bank

Sebelum ada ICT, Kena beratur di kaunter. Masa terhad. Masa pejabat sahaja.
Era ICT- perbankan internet dan mesin ATM, urusan bank 24 jam sehari.

3. Industri

Sebelum era ICT - guna tenaga buruh yang banyak. Lambat siap. Kuantiti produk sedikit.Bergantung sepenuhnya kepada tenaga manusia

Era ICT - guna robot - kerja-kerja bahaya beri pada robot. Cepat dan bilangan produk dikeluarkan banyak dalam tempoh masa yang singkat. Boleh beroperasi dalam masa yang lama. Computer dan robot tidak akan letih bekerja.

4. Perniagaan

Sebelum ICT - Zaman dulu sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter.
Sudah maju sedikit wang diperkenal.Orang meniaga di kedai, di pasar-pasar lambak. Kena ada premis. Pelanggan setempat sahaja. Nak beli barang kena bayar tunai.

Era ICT boleh beli produk secara online- Bayar online melalui kad kredit dan transaksi perbankan internet. Barang akan dihantar oleh syarikat kurier. Peniaga pula tidak perlu banyak premis niaga. cuma perlu setor untuk simpan barang sahaja.

Lesson 3: Usage of ICT in daily life

Discuss about usage of ICT in daily life. Give an example.

1. Education
2. Banking
3. Industry
4. E-commerce
5. Other sector

----------------
Penggunaan komputer dalam kehidupan sehari-hari

1. Bidang pendidikan
- Guru gunakan komputer untuk bahan bantu mengajar,cari maklumat bahan pengajaran daripada internet dan gunakan untuk forum dan persidangan atas talian
-Pelajar guna komputer untuk cari maklumat di internet
- Penyelidik guna komputer untuk kumpul dan proses data
- Pentadbir sekolah guna komputer supaya pengurusan berjalan dengan sistematik

2. Bank
- Pengurus bank boleh kawal aktiviti bank
- Pelanggan boleh berurusan dengan perbankan internet dalam tempoh 24 jam
- Ahli perniagaan boleh guna perkhidmatan online seperti capai maklumat akaun syarikat

3. Bidang Industri
- Membantu pekerja menggunakan mesin. Contohnya robot digunakan untuk melaksanakan kerja yang merbahaya

4. E-Commerce / perdagangan atas talian
- Aktiviti menjual dan membeli secara online
- Menjimatkan masa dan kos

Lesson 2 : Evolution of computers

Huraikan tentang evolusi komputer dari dahulu hingga sekarang.
Gambar-gambar yang relevan boleh dimasukkan. Gunakan search engine untuk mencari gambar tersebut.

Lesson 1 : Introduction to ICT

Semua pelajar dikehendaki menjawab soalan di bawah.

1. What is ICT?

2. What is information?

3. Give a meaning a communication.

4. Give a difiniton of technology.

5. Discuss about technology timeline.

Taipkan semua jawapan di atas dalam satu entry.
Pelajar bebas menjawab sama ada dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu atau gabungan keduanya (dwibahasa). Gunakan search engine untuk mencari maklumat di atas. Gambar-gambar yang relevan boleh dimasukkan.