Huraikan situasi bidang-bidang berikut sebelum era ICT dan selepas era ICT
jawapan dibawah cuma contoh sahaja
1. Pendidikan
Sebelum ada ICT cikgu-cikgu guna kapur tulis dan papan hitam
Zaman ICT cikgu-cikgu guna komputer dan LCd untuk membuat persembahan slaid pengajaran
2. Sistem bank
Sebelum ada ICT, Kena beratur di kaunter. Masa terhad. Masa pejabat sahaja.
Era ICT- perbankan internet dan mesin ATM, urusan bank 24 jam sehari.
3. Industri
Sebelum era ICT - guna tenaga buruh yang banyak. Lambat siap. Kuantiti produk sedikit.Bergantung sepenuhnya kepada tenaga manusia
Era ICT - guna robot - kerja-kerja bahaya beri pada robot. Cepat dan bilangan produk dikeluarkan banyak dalam tempoh masa yang singkat. Boleh beroperasi dalam masa yang lama. Computer dan robot tidak akan letih bekerja.
4. Perniagaan
Sebelum ICT - Zaman dulu sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter.
Sudah maju sedikit wang diperkenal.Orang meniaga di kedai, di pasar-pasar lambak. Kena ada premis. Pelanggan setempat sahaja. Nak beli barang kena bayar tunai.
Era ICT boleh beli produk secara online- Bayar online melalui kad kredit dan transaksi perbankan internet. Barang akan dihantar oleh syarikat kurier. Peniaga pula tidak perlu banyak premis niaga. cuma perlu setor untuk simpan barang sahaja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.