Tuesday, November 27, 2012

Sekolah-sekolah menengah di negeri Selangor yang menawarkan subjek ICT/TMK

1. Sekolah daerah Daerah Klang yang menawarkan subjek ICT/TMK
2. Sekolah daerah Kuala Langat yang menawarkan subjek ICT/TMK

3.Sekolah daerah Gombak yang menawarkan subjek ICT/TMK
 
4. Sekolah daerah Sepang yang menawarkan subjek ICT/TMK
 
5. Sekolah daerah Petaling Utama yang menawarkan subjek ICT/TMK
 
6. Sekolah daerah Petaling Perdana yang menawarkan subjek ICT/TMK
 
7. Sekolah daerah Hulu Langat yang menawarkan subjek ICT/TMK
 
8. Sekolah daerah Hulu Selangor yang menawarkan subjek ICT/TMK
 
9. Sekolah daerah Kuala Selangor yang menawarkan subjek ICT/TMK
 
10. Sekolah daerah Sabak Bernam yang menawarkan subjek ICT/TMK






Monday, November 19, 2012

Bahagian-Bahagian di KPM dan jabatan yang berkaitan dengan subjek ICT

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Tugas:
1. Menggubal kurikulum mata pelajaran ICT / TMK
    ( Menyediakan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran ICT/TMK)
2. Menyediakan modul pembelajaran
3. Menyedia dan membekalkan perisian pengajaran ( Teaching courseware )
4. Membekalkan peralatan
5. Memantau pelaksanaan perluasan sekolah yang menawarkan subjek ICT


Jadual : Personel di Bahagian Pembangunan Kurikulum yang terlibat dengan subjek ICT


Lembaga Peperiksaan Malaysia

Tugas:
1. Merangka dan menyediakan format pentaksiran kerja kursus dan peperiksaan bertulis
2. Menyediakan soalan peperiksaan SPM kod kertas 3675/1
3. Mengadakan kursus penataran mata pelajaran ICT / TMK

SULIT : Personel / pegawai di Lembaga Peperiksaan yang menyediakan soalan peperiksaan ICT

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Tugas:
1. Melaksanakan pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran guru ICT / TMK
2. Melaksanakan pemantauan pengurusan Panitia ICT/TMK
2. Penilaian calon guru cemerlang subjek ICT

 Jabatan Pelajaran Negeri  ( Unit ICT )

Tugas:
1. Menyelaras program Panitia ICT peringkat negeri
2. Memanjangkan permohonan sekolah yang ingin menawarkan subjek ICT ke Bahagian Pembangunan Kurikulum ,KPM.

Pejabat Pelajaran Daerah

Tugas:
Menyelaras program Panitia ICT peringkat daerah


Adakah subjek ICT/TMK akan menjadi salah satu syarat pemilihan ke Matrikulasi KPM


Ini email yang admin terima daripada unit ICT JPN Selangor. Namun surat memo tersebut tidak dilampirkan sekali. Mungkin keputusannya masih dalam perbincangan . Keesahan keputusan ini hanya berlaku sekiranya pekeliling ikhtisas berkaitan perkara di atas akan dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan terutamanya Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebagai guru ICT ini adalah berita yang menggembirakan kerana subjek ini akan turut diiktiraf sebagai salah satu syarat pemilihan ke program Matrikulasi KPM.

Ini berikutan pelajar Matrikulasi akan mempelajari Subjek Sains Komputer. Jadi jika pelajar telah mempelajari subjek ICT di peringkat SPM, nampak seperti ada kesinambungan.

Di peringkat SPM, pelajar contohnya telah belajar subjek Fizik,Kimia, Biologi, Perakaunan. Di Matrikulasi juga mereka akan belajar subjek yang sama tetapi dalam modul lanjutan. Jadi pemilihan subjek ICT adalah relevan berikutan di Matrikulasi juga pelajar yang terlibat dalam kursus tertentu akan mempelajari subjek Sains Komputer.



Walaupun subjek ICT tidak menjadi sebahagian syarat untuk memohon program matrikulasi KPM,pelajar ICT sekolah ini masih boleh memohon memasuki program matrikulasi KPM dengan gandingan subjek Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

Penawaran subjek elektif ICT selepas Tahun 2010


ms 1
_____________________________________________



_____________________________________________
ms 2