Monday, November 19, 2012

Adakah subjek ICT/TMK akan menjadi salah satu syarat pemilihan ke Matrikulasi KPM


Ini email yang admin terima daripada unit ICT JPN Selangor. Namun surat memo tersebut tidak dilampirkan sekali. Mungkin keputusannya masih dalam perbincangan . Keesahan keputusan ini hanya berlaku sekiranya pekeliling ikhtisas berkaitan perkara di atas akan dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan terutamanya Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebagai guru ICT ini adalah berita yang menggembirakan kerana subjek ini akan turut diiktiraf sebagai salah satu syarat pemilihan ke program Matrikulasi KPM.

Ini berikutan pelajar Matrikulasi akan mempelajari Subjek Sains Komputer. Jadi jika pelajar telah mempelajari subjek ICT di peringkat SPM, nampak seperti ada kesinambungan.

Di peringkat SPM, pelajar contohnya telah belajar subjek Fizik,Kimia, Biologi, Perakaunan. Di Matrikulasi juga mereka akan belajar subjek yang sama tetapi dalam modul lanjutan. Jadi pemilihan subjek ICT adalah relevan berikutan di Matrikulasi juga pelajar yang terlibat dalam kursus tertentu akan mempelajari subjek Sains Komputer.



Walaupun subjek ICT tidak menjadi sebahagian syarat untuk memohon program matrikulasi KPM,pelajar ICT sekolah ini masih boleh memohon memasuki program matrikulasi KPM dengan gandingan subjek Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.