Monday, December 6, 2010

Learning area 6: Information system

SISTEM MAKLUMAT

DATA - data mentah seperti nombor,angka,nilai, gambar, bunyi yang tidak bermakna.

MAKLUMAT
- maklumat yang tersusun, mempunyai nilai dan bermakna kepada pengguna khusus

SISTEM MAKLUMAT - koleksi perkakasan, perisian, data, manusia dan prosedur untuk memungut data, memproses data dan mempersembahkan maklumat

PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN, PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN.

1. Pendidikan -sistem maklumat pelajar
2. Perniagaan - sistem stok inventori TESCO
3. Pengurusan - sistem maklumat staff

KOMPONEN SISTEM MAKLUMAT

1. Data
2. Perkakasan
3. Perisian
4. Manusia
5. Prosedur

HUBUNGAN ANTARA KOMPONEN SISTEM MAKLUMAT DALAM BENTUK RAJAH



JENIS SISTEM MAKLUMAT

1. Sistem maklumat pengurusan
2. Sistem maklumat transaksi
3. Sistem sokongan keputusan
4. Sistem maklumat eksekutif
5. Sistem pakar / kepintaran buatan

HIERARKI DATA


1. Bit
2. Byte
3. Field / Medan
4. File / table
5. Database / pengkalan data

SISTEM PENGURUSAN PENGKALAN DATA ( DBMS)

Kelebihan menggunakan pengkalan data

1. mengurangkan pengulangan data
2. memastikan keesahan data
3. memudahkan perkongsian data
4. Memudahkan data di akses

KUNCI UTAMA /PRIMARY KEY
Data yang mempunyai nilai yang unik. Contohnya nombor kad pengenalan adalah nilai unik untuk membezakan seorang individu dengan individu yang lain. Nama tidak boleh menjadi kunci utama kerana kemungkinan satu nama seperti Ali terdiri daripada 4 orang yang mempunyai nama yang sama.
Kunci utama boleh mengelakkan data daripada dimasukkan dua kali. Jika dimasukkan dua kali, sistem tidak akan terima. Ini meningkatkan integriti dan keesahan data.



KUNCI ASING / FOREIGN KEY

Kunci asing adalah kunci utama yang wujud dalam jadual atau table kedua dan seterusnya. Kunci utama hanya wujud dalam table induk atau table utama. Kunci asing membolehkan jadual atau table yang lain berhubungan dengan table utama atau dengan jadual-jadual yang lain.

contoh

Jadual / Table 1 : table pelajar. - primary key di sini ialah no kad pengenalan
[ nama | no kad pengenalan | alamat ]

Jadual /Table 2 : table matapelajaran - no kad pengenalan wujud sebagai kunci asing di sini
[no kad pengenalan | matapelajaran | markah]

Jadual / Table 3 : table rumah sukan - begitu juga di sini, no kad pengenalan akan wujud sebagai kunci asing
[no kad pengenalan | rumah sukan]

apabila dibuat kuiri mengubungkan ketiga-tiga jadual di atas hasilnya:

Ali | 967676-09-6567 |Bandar Rinching| Sains | 80 | rumah perdana

OBJEK PENGKALAN DATA

1. Jadual / table
2. Borang / form
3. Pertanyaan / kuiri / Querry
4. Laporan / report

MANIPULASI DATA

1. Update - contoh: kemaskini alamat pelajar
2. Insert - contoh : tambah rekod pelajar baru bernama Ali
3. Delete - contoh : padam rekod pelajar bernama Ahmad kerana dia sudah pindah sekolah lain
4. Retrieve - contoh : Dapatkan rekod pelajar bernama Fatimah
5. Sort - Contoh :Paparkan senarai nama pelajar dan susun daripada A hingga Z
6. Filter - Contoh : Paparkan hanya pelajar perempuan sahaja.
7. Search - cari maklumat pelajar bernama Ali dengan memasukkan no matrik dalam kotak carian

FASA PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT

1. Fasa analisis
2. Fasa rekabnetuk
3. Fasa implementasi
4. Fasa pengujian
5. Fasa dokumentasi
6. Fasa penyelenggaraan



Rujuk sini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.