Soalan : Buat satu aturcara untuk mencari hasil tambah dua nombor
FASA PEMBANGUNAN PROGRAM ( ada 5 fasa dalam membangunkan program )
1. Fasa Problem analysis / Menganalisis masalah
masalah yang hendak diselesaikan ialah mencari jawapan bagi hasil tambah 2 nombor
2. Fasa Program design / Rekabentuk program
PSEUDOKOD
i. MULA
ii. INPUT - masukkan nombor pertama dan nombor kedua
iii. PROSES - kira = nombor pertama tambah nombor kedua
iv. OUTPUT - papar jawapan hasil tambah dua nombor
v. TAMAT
FLOWCHART
3. Fasa Coding
Dalam fasa coding, pembangun akan membangunkan program dengan komputer menggunakan perisian Visual Basic ( atau apa sahaja bahasa pengaturcaraan yang lain). Dalam fasa ini pembangun perlu merekabentuk antara muka pengguna (user interface) dengan meletakkan objek-objek yang diperlukan seperti objek label, objek text box dan objek button. Pada objek button pula , event atau acara akan dimasukkan. Event bermaksud , kalau butang di klik, apa yang akan berlaku..
Di bawah adalah contoh event, acara atau coding bagi butang CALCULATE
Private Sub cmdCALCULATE_Click()
Dim nombor pertama as Integer
Dim nombor kedua as Integer
Dim jawapan as Double
nombor pertama = Val (txtNo1.Text)
nombor kedua = Val(txtNo2.Text)
jawapan = nombor pertama + nombor kedua
lblPaparJawapan.Caption=jawapan
End Sub
4. Fasa Testing and debugging
Untuk fasa ini fail dibina perlu di simpan dengan nama hasil.vbp , hasil.frm dan hasil.exe
Run program untuk memastikan tiada ralat berlaku. Jika ada ralat, betulkan ralat tersebut.
Ralat yang berlaku seperti berikut:
Ralat synstax - ralat arahan - cth perkataan Dim ditaip Diim..system tak faham arahan Diim
Ralat logic - puncanya pengiraan atau menggunakan formula yang salah. contohnya hasil tambah 1 + 2 sepatutnya ialah 3 bukannya -1. Pengaturcara mungkin sudah tersilap memilih formula no1 - no2 yang sepatutnya ialah no1 + no2.
5. Fasa Documentation
ini kerja menulis semua perkara di atas di atas kertas / dalam bentuk dokumen untuk dijadikan rujukan dimasa akan datang jika ingin menaiktaraf program.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.