Thursday, January 3, 2013

Kerjaya dalam bidang ICT

Kerjaya dalam bidang ICT / Teknologi Maklumat

Kerjaya ICT dalam bidang perkhidmatan awam

(Perlukan kelulusan dalam bidang IT. Individu yang tiada kelulusan dalam bidang ini tidak layak memohon)

1. Pegawai sistem maklumat F41,F44,F48,F52 - perlu ijazah dalam Sains Komputer / Teknologi Maklumat)
2. Penolong pegawai sistem maklumat F29,F32 - Perlu Diploma dalam Sains komputer / Teknologi Maklumat )
3. Juruteknik komputer FT17 - perlu SPM dan sijil kemahiran IT daripada kolej-kolej kemahiran (sijil MLVK)
4. Pensyarah IT di Institut Pengajian Tinggi Awam seperti UKM,UM,USM,UPM,UITM dll- perlu ijazah dalam bidang IT
5. Pensyarah IT di Kolej-kolej kemahiran awam- perlu ijazah dalam bidang IT
5. Pensyarah IT di Kolej Matrikulasi KPM - Perlu ijazah dalam bidang IT
6. Guru IT di sekolah  - perlu ijazah dalam bidang IT

Kerjaya IT dalam bidang swasta ( Perlukan kelulusan dalam bidang IT )

1. Pengaturcara komputer
2. Juru analisis sistem
3. Pembangun laman web
4. Pentadbir rangkaian komputer
5. Juruteknik komputer
6. Pensyarah IT di IPTS / kolej swasta
7. Artis animasi
8. Jurutera perisian
dan lain-lain lagi..

Mereka yang berminat bekerja sendiri juga boleh menjadikan IT sebagai satu kerjaya mereka seperti

1. Menjadi usahawan IT - buka kedai jual peralatan komputer, buka cybercafe
2. Jadi consultant IT - contohnya sebagai penceramah kursus-kursus IT
3. Buka pusat pembelajaran atau latihan komputer

Bekerja sendiri dalam bidang IT tidak memerlukan kelulusan akademik dalam bidang IT pun boleh. Namun perlu ada ilmu dalam bidang ini. Ilmu boleh didapati dengan meneroka sendiri melalui membaca buku IT atau mencari maklumat menggunakan medium internet.

Status kedudukan pelajar ICT sekolah ini

Apabila pelajar menamatkan pengajian di peringkat SPM, pelajar boleh memilih sama ada meneruskan pengajian dalam bidang ICT atau mengambil kursus lain. Meneruskan pengajian dalam bidang ICT memberikan kelebihan kerana pelajar sudah ada asas pembelajaran dalam bidang perkomputeran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.