Wednesday, September 28, 2011

Rangkaian Komputer

MAKSUD RANGKAIAN KOMPUTER

Koleksi dua atau lebih komputer yang dihubungkan antara satu sama lain menggunakan medium komunikasi dan peralatan komunikasi bertujuan berkongsi data, maklumat, perkakasan dan perisian.

MAKSUD KOMUNIKASI

Proses menghantar data daripada penghantar kepada penerima.

TUJUAN RANGKAIAN KOMPUTER

1. Perkongsian fail
2. Memindahkan fail antara komputer
3. Berkongsi peranti seperti pencetak, scanner
4. Berkongsi perisian aplikasi
5. Menggunakan kemudahan emel -surat elektronik - boleh hantar fail lampiran seperti dokumen, gambar, fail audio dan video

JENIS-JENIS RANGKAIAN KOMPUTER ( Type of network )

1. LAN - Local Area Network - Rangkaian Kawasan Setempat

- Rangkaian 2 atau lebih PC. Saiz rangkaian kecil.
- Rangkaian dalam satu bangunan atau satu organisasi walaupun berlainan blok
- Penghantaran data laju
- menggunakan kabel UTP - kos agak rendah

2. MAN - Metropolitan Area Network - Rangkaian Kawasan Bandar

- Rangkaian yang menyambungkan PC dalam bandar
- Merangkaikan PC antara dua atau lebih organisasi tetapi terbatas dalam satu kawasan geografi yang kecil - Tidak merentasi sempadan negara.
- Penghantaran data perlahan
- menggunakan kabel fiber optik

3. WAN - Wide Area Network - Rangkaian Kawasan Luas

- Menghubungkan berjuta-juta komputer daripada seluruh dunia
- 24 jam tanpa henti
- Penghantaran data lebih perlahan daripada MAN kerana jarak yang jauh
- Kos menyediakan tinggi kerana menggunakan kabel fiber optic dan satelit

SENIBINA RANGKAIAN ( Network architecture )

1. Pelayan-Pelanggan ( client-server network)

- Rangkaian terdiri daripada PC Pelayan dan PC Pelanggan
- PC Server memerlukan sistem operasi rangkaian seperti Windows NT, Windows 2000 Server
- PC client memerlukan sistem operasi seperti Windows XP, Windows Vista, Windows 7
- Data disimpan secara berpusat iaitu dalam server (PC Pelayan)
- PC Client hanya perlu akses data dari PC Server. PC Client tak perlu simpan data
- Oleh kerana data diletak secara berpusat dalam server, data mudah dikemaskini.

2. Rakan-Ke-Rakan ( Peer-To-Peer Network / P2P )

- Tiada PC Server dalam rangkaian P2P.
- Semua PC Client.
- Jadi hanya ada satu sistem operasi diperlukan. Sistem operasi server tidak diperlukan.
- Semua PC boleh jadi server atau PC client
- Semua PC boleh menyimpan data.
- Semua PC bolek akses data daripada PC lain yang ada dalam rangkaian
- Oleh kerana data berselerak dan tidak berpusat, jadi susah untuk kemaskini data

TOPOLOGI RANGKAIAN ( Network topology )

1. BUS

- menggunakan backbone cable / kabel tulang belakang
- node atau pc di sambung kepada kabel tulang belakang
- menggunakan medium kabel penghantaran jenis kabel sepaksi (coxial cable)
- satu node rosak, tidak menggangu node lain. Node yang lain boleh berfungsi
- Jika kabel tulang belakang putus , keseluruhan rangkaian akan gagal berfungsi
- menggunakan terminator BNC untuk menyambung antara node

2. RING

- Node di susun dalam bentuk bulatan
- isyarat dihantar dalam satu arah secara berulang (loop)
- satu node rosak, node yang lain akan gagal berfungsi

3. STAR

- menggunakan peranti berpusat seperti hub atau switch
- satu node rosak, node yang lain masih boleh berfungsi
- Jika hub atau switch rosak keseluruhan rangkaian akan gagal berfungsi

PROTOKOL

Protokol iaitu peraturan untuk yang membolehkan pertukaran data antara dua atau lebih komputer.

protokol rangkaian komputer ialah

1. Protokol TCP/IP - Transmission Control Protocol / Internet Protocol

- peraturan pertukaran data dalam satu rangkaian. Digunakan dalam LAN,MAN dan WAN
- setiap PC akan diberi satu nombor IP untuk menghubungkannya di antara satu sama lain ( satu rangkaian dengan satu rangkaian yang lain)

2. Protokol HTTP/HTTPS - Hyper Text Trasmission Protocol

HTTPS - menggunakan secure socket layer (SSL) untuk tujuan keselamatan rangkaian. Biasanya sistem perbankan internet menggunakan protokol ini.

-Tujuannya memindahkan maklumat antara komputer dalam WWW. (World Wide Web)

3. Protokol SMTP - Simple Mail Transfer Protocol

- protokol menerima dan menghantar email

4. Protokol FTP - File Transfer Protocol

- Protokol pemindahan fail melalui internet
- contohnya aktiviti mengupload dan mendownload file ke webhosting

JENIS TEKNOLOGI KOMUNIKASI - Network communication technology

1. INTRANET

- rangkaian komputer yang menggunakan teknologi internet ( kena ada modem )
- hanya staf dalam satu organisasi sahaja yang boleh akses
- orang awam di luar organisasi tersebut tidak boleh akses maklumat
- contoh maklumat pekerja, direktori telefon staf, jadual atau takwim aktiviti syarikat

2. EXTRANET

- rangkaian komputer yang menggunakan teknologi internet ( kena ada modem )
- membolehkan staf dari dua buah organisasi mendapatkan maklumat
- contohnya pertukaran data antara pembekal dengan pelanggan ( membuat pesanan produk)
- orang awam tidak boleh akses maklumat syarikat tersebut


3. INTERNET

- Orang awam atau sesiapa sahaja bebas mengakses maklumat
- contoh perkhidmatan seperti chit chat, email, dan www

KEPERLUAN PERKAKASAN RANGAKAIAN ( Network device )

1. Kad antara muka rangkaian - NIC - Network Interface card
- penyambung fizikal antara dua buah komputer
- mempunyai nombor IP semasa 127.0.0.1
- mempunyai MAC address
- disambung menggunakan kabel - coxial cable, UTP atau fiber optic

2. Kad antara muka rangkaian tanpa wayar - WNIC - Wireless Network Interface Card
- menggunakan gelombang radio
- kad rangkaian tanpa wayar mempunyai antenna untuk berkomunkasi.
- Tiada wayar digunakan atau disambung kepada kad ini

3. Modem
- Modulator De Modulator
- Menukar isyarat analog kepada digital dan menukar kembali isyarat digital kepada analog
- isyarat analog adalah dalam bentuk isyarat elektrik(talian telefon)
- isyarat digital dalam bentuk isyarat komputer
- Ada modem dalaman,modem luaran dan jenis modem USB

4. Hub / Switch
- Peranti untuk menghubungkan antara node-node (komputer)
- mempunyai port yang menyambungkan kabel rangkaian kepada setiap node atau pc yang ada dalam satu sistem rangkaian

5. Router - mengagih rangkaian. Memberi nombor IP kepada PC

6. Wireless Access Point

MEDIUM PENGHANTARAN - Tranmission medium

ada dua bentuk medium penghantaran iaitu dengan wayar dan tanpa wayar

Medium dengan wayar

1. STP - Shielded Twisted pair Cable
2. UTP - Unshileded twisted pair cable
3. Coxial cable / kabel sepaksi
4. Fiber optik / fiber optic cable

Medium tanpa wayar

1. Infrared
- Jarak dekat. Kena dekatkan dua buah PC untuk membolehkannya berhubung
- Notebook yang ada IrDa Port mempunyai isyarat infrared
-cth infrared seperti remote control TV

2. Radio wave - gelombang radio
- Bluetooth
- WiFi - Wireless-Fidelity

3. Satelit
- untuk jarak penghantaran yang jauh
- data dihantar dalam, bentuk gelombang mikro - micro wave

PERISIAN RANGKAIAN

Sistem operasi rangkaian seperti Microsof Windows NT, Windows 2000 Server, Unix, Linux, Apple Server

Tugas NOS - Network operating system ialah

1. Mengawal trafik dalam rangkaian
2. memberi atau menghalang akses kepada fail atau komputer dalam rangkaian
3. memberikan perkhidmatan cetakan - sharing printer


PERISIAN PELANGGAN - Client Sofware

1. Perisian pelayar web - Web Browser .
- contohnya Internet Explorer, Mozilla Firefox, Opera, Netscape navigator, Safari
- membolehkan pengguna mencapai dokumen hyperteks

2. Perisian Email
- Contohnya Microsof Outlook

3. Perisian FTP - perisian pemindahan fail
- Contohnya WS FTP. Cute FTP, Fillezilla
- memudahkan proses upload dan download file ke web hosting

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.