MAKSUD ICT / TMK -
teknologi untuk memposes maklumat menggunakan teknologi komputer, peranti komunikasi dan perisian untuk menukar, menyimpan, mengawal, memproses, menghantar dan mencapai maklumat dari sebarang tempat dan masa.
GENERASI KOMPUTER
genarasi pertama guna tiub vakum. cthnya ENIAC. mahal.komputernya besar macam saiz sebuah bilik.guna bahasa mesin. data disimpan pada kad tebuk. Masalahnya cepat panas. Saiz storan kecil.
generasi ke 2 guna transistor.
generasi ke 3 guna Integrated circuit / litar bersepadu.
generasi ke 4 guna mikropemproses cthnya Pentium IV. Intel Core 2 Duo
Generasi ke 5 -kepintaran buatan. macam robot. mgkin satu masa kita bagi arahan kepada komputer dlm bentuk suara..
PENGGUNAAN KOMPUTER
Komputer digunakan dalam kehidupan manusia setiap hari. cthnya guna ICT dlm bidang pendidikan,perbankan,industri,perniagaan dan sektor2 lain spt kerajaan,seni,kerjaya,kesihatan dll..
1. dlm bidang pendidikan- cikgu dan pensyarah guna komputer utk mengajar.menayangkan slide, forum dlm online conferences/telesidang video
2. dgn adanya internet urusan perbankan internet dpt disediakan 24 jam sehari. tak perlu pergi pejabat pos lagi untuk bayar bil. bayar guna perbankan internet sahaja. boleh pindahkan duit ke akaun lain.
3. dlm bidang industri perisian CAD - computer aided design dan CAM- computer aided manufacturing digunakan untuk merekabentuk produk.melakukan kerja berbahaya bagi saja pada robot seperti menuangkan besi lebur yang takat idihnya 1000 darjah celcius. menyembur cat kereta guna robot yg diaturcara dgn program komputer lebih mudah
4. dlm bidang perniagaan ict diguna utk melaksanakan aktiviti perniagaan atas talian. beli secara online. bayar secara online dan prosuk akan diterima melalui pos guna syarikat kurier. tak perlu pergi kedai lg utk beli barang. pelanggan pula dr seluruh dunia.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN ICT
1. komunikasi laju dan pantas, kos rendah, mudah kongsi maklumat, tidak guna kertas, komunikasi tanpa sempadan, komunikasi boleh dipercaya
2. komunikasi boleh dipercayai- GIGO - garbage in garbace out- Jika data dihantar ada ralat, maka data diterima juga ada ralat.Jika data yang dihantar baik, data diterima juga baik.
ict juga boleh memberi masalah sosial cthnya orang jadi lebih bersikap mementingkan diri sendiri. kalau dah lama sgt mengadap komputer, dah malas nak berkawan dgn orang. duduk memerap dlm bilik saja. nk main kat padangpun dah tak rajin
3. dunia komunikasi tanpa kertas. guna ict dpt menyelamat banyak pokok daripada ditebang kerana kertas dibuat daripada pokok
4. komunikasi berkos rendah. guna email tak payah pakai sampul surat,setem , kertas dan pen. hantar saja email terus sampai ke London dalam beberapa saat saja. guna sistem pos, seminggu baru sampai. setem mungkin RM5
5. komunikasi tanpa sempadan- seluruh dunia
ict juga boleh memberi masalah sosial cthnya orang jadi lebih bersikap mementingkan diri sendiri. kalau dah lama sgt mengadap komputer, dah malas nak berkawan dgn orang. duduk memerap dlm bilik saja. nk main kat padangpun dah tak rajin
ict juga boleh beri masalah kesihatan. lama2 mengadap kompuetr mata jadi letih, merah. badan pula sakit sebab laam duduk di kerusi. tapi hal ini tlh diatasi dgn screen protector dan kerusi yg ergonomik.Ergonomik bermaksud sgt selesa dan mesra tubuhbadan manusia.kerusi betul2 mengikut posisi duduk manusia. jadi tak ada lah sakit belakang lagi..
ETIKA KOMPUTER
adalah standard moral atau garis panduan apabila kita menggunakan komputer termasuklah menggunakan internet
'code of ethics' pula adalah garispanduan dalam ICT utk menentukan tindakan yg boleh dikatakan beretika atau tidak beretika
Intelectual property - harta intelek merujuk produk dicipta oleh pencipta,pengarang atau artis. harta interlek seperti idea, inovasi, nama syarikat, model perniagaan, proses industri, program komputer, album dll.
privacy - hak kebersendirian / hak peribadi - rahsia seseorang. rahsia seperti data dan maklumat tentang individu atau syarikat. cthnya maklumat peribadi kita adalah rahsia. orang lain tidak patut tahu.
jenayah komputer- sebarang aktiviti salahlaku atau penyalahgunaan komputer utnuk tujuan merosakkan , mencuri data atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. Cthnya penipuan komputer, melanggar hak cipta, kecurian komputer an serangan sistem komputer.
menggodam sistem komputer jabatan pertahanan contohnya adalah jenayah komputer. begitu juga memindahkan wang daripada akaun orang lain ke dalam akaun kita secara tidak sah adalah jenayah komputer
undang-undang cyber- iaitu akta yg digubal untuk menghalang penguna internet melakukan kesalahan atau jenayah komputer dengan memperuntukkan hukuman-hukuman tertentu.
BEZA ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
etika - hanya garis panduan. pengguna bebas mahu ikut atau tidak. tapi undang-undang kena ikut. kalau tak ikut kena saman atau dikenakan tindakan penjara.
etika komputer diterima pakai oleh semua negara. tapi undang-undang komputer di negara berbeza tak sama. ada yg tegas ada yang tidak. cthnya di USA tak ada lansung aktiviti cetak rompak.negara lain ada juga undang2 cetak rompak tapi penguatkuasaannya tak berapa tegas.
tidak beretika dalam menggunakan komputer dikatakan seorang itu tidak ada moral. buruk betul akhlaknya. tapi dr segi undang-undang dikatakan telah melakukan satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman.
melakukan perbuatan tidak beretika tiada denda. Tapi jika buat jenayah komputer akan kena denda atau kena penjara.
KAWALAN HARTA INTELEK
melalui paten, tanda perdagangan/trademark, hak cipta,
1. paten - produk baru/inovasi baru- biasanya syarikat yg mengeluarkan produk baru akan mempatenkan rekabentuknya supaya tidk ditiru orang lain melainkan mendapat izin. cth paten spt kereta, telefon, jenama pakaian dll.
2. trademark/tanda perdangan- cthnya SONY,MICROSOF, KFC- syarikat lain tak boleh guna nama ini. siapa guna syarikat asal boleh saman.
3. hak cipta / copyright - elek peniruan harta intelek kecuali ada keizinan. cthnya hakcipta buku, muzik,lukisan, filem dan perisian komputer. Siapa salin secara tidak sah dikatakan telah melanggar akta hakcipta.
CARA MELINDUNGI PRIVASI
pencerobohan privasi ada 2 iaitu melalui undang-undang privasi dan melalui penggunaan perisian utiliti
Hak privasi- maklumat rahsia individu dan syarikat tidak boleh disebarkan supaya tiada siapa-siapa eksploitasi.
kadangkala secara tak sengaja data tersebar semasa kita isi borang secara online
membaca SPAM email iaitu mesej email yg ita tak tahu siapa yg hantar atau berita yg kita tak minta
menghantar email SPAM kepada orang lain adalah satu contoh menceroboh privasi orang lain
untuk mengelak data peribadi kita diceroboh kita boleh delete cookies pada pelayar web supaya laman yg kita masuk tidak diketahui pengguna lain
bagaimana maklumat peribadi kita boleh diketahui
1. Cookies - utk mengecam pengguna aplikasi web. Cthnya syraikat e dagang akan simpan maklumat kita dan jual kepada syarikat lain yang memerlukan
2. profail elektronik- masa kita beli barang secara online, syarikat minta kita masukkan butir peribadi. maklumat peribadi kita disimpan dlm sistem pengkalan data mereka dan mereka akan jual kepasa syarikat berminat
3. Spyware- iaitu satu program kecil dan tersembunyi. spyware berjangkit melalui installasi perisian yg dipindahturun daripada internet.
Cara melindungi hak peribadi- hak kebersendirian / protect privacy
1. hapuskan cookies pada pelayar web seperti internet explorer, mozilla atau opera dengan cara delete history
2. sebolehnya cuba elak membayar dgn kad kredit.
3. masukkan maklumat perlu sahaja dlm borang online atau jgn masuk maklumat tepat
4. elakkan memindahturun/download perisian yang dicurigai ke dalam komputer kita
5. Pasang perisian firewall atau antispyware
Authentication / pengecaman
iaitu proses mengesahkan pengguna. ada 2 cara melakukan pengecaman iaitu melelui peranti bioemetrik dan sistem panggilan semula
peranti biometrik menterjemah karektor individu kepada kod digital dan kemudian padankan dengan kod digital yg telah disimpan dalam pengkalan data.
tujuan pengecaman : mengesahkan pengguna bagi tujuan keselamatan
Verification / pengesahan adalah proses mengesahan identiti pengguna contohnya untuk masuk ke bilik yg mempunyai tahap keselamatan tinggi dan menggunakan sistem berkeselamatan tinggi seperti akaun perbankan internet
pengesahan penting untuk mengelak pencerobohan
orang yang tidak sepatutnya dilarang daripda memasuki bilik atau sistem komputer
Pengecaman menggunakan peranti biometrik
Peranti biometrik menggunakan pancaindera manusia seperti
1. Pengeceman cap jari - fingerprint recognition
2. Pengecaman muka - facial recognition
3. mengimbas tapak tangan - hand geometry scanning
4. mengimbas anak mata - iris scanning
5. mengimbas retina - retina scanning
6. pengecaman suara - voice recognition
7. pengesahan tandatangan digital- signature verification system
Sistem panggilan balik - call back sysetm - cth syarikat teksi menelefon semula pelanggan yg memerlukan perkidmatan utk mengetahui betul atau tidak pelanggan tersebut yg telah menelefon
bank juga mengamalkan sistem panggilan balik contohnya kalau orang tunaikan cek, bank akan telefon pemilik cek untuk memastikan betul tak cek itu dikeluarkan dan jumlah bayarannya. Jika didapati salah, bank akan batalkan urusan menunaikan cek - cek tidak sah
Pengesahan ada dua cara iaitu melalui mengesahkan identiti pengguna /mengecam pengguna dan menggunakan objek dimiliki / processed object.
mengesahkan pengguna contohnya dengan menggunakan nombor pin dan kata laluan. cthnya kad ATM. nak guna mesin ATM kena masuk nombor pin dulu. nak guna email kena masukkan username dan password dulu
2. menggunakan objek pengesahan / prosessed object seperti menggunakan kad pengenalan, token keselamatan, kad pintar. ctnya nak buka pintu guna kad pintar. objek diguna untuk masuk ke dalam bilik atau memasuki sistem. jika kita tengok di bank, kadangkala pegawai bank swap kad pada peranti komputer untuk memberi kebenaran petugas kaunter meluluskan bayaran
kredit kad adalah contoh penggunaan proses object.kena swap pada mesin bacaannya dulu . lulus baru bayaran disahkan.
lesen memandu juga dalah satu contoh proses objek. polis selalu minta pada pemandu untuk memastikan mereka ada lesen atau tidak
Kandungan kontroversi dan cara mengawalnya
cth kandungan kontroversi seperti laman pornografi, khabar angin atau fitnah yang tersebar secara berluasa di internet. kandungan kontroversi ini memberi impak negatif kepada masyarakat
Kesan negatif laman web berunsur lucah / pornografi:
1. menyebabkan berlaku jenayah sepeti ekploitasi wanita dan kanak-kanak
2. Jenayah seksual boleh berlaku
3. Merendahkan kualiti moral orang yg terlibat
4. Menghakis kepercayaan agama, budaya , sosial serta adab/akhlak
Kesan cerita fitnah dan gosip/berita tidak benar di laman web atau sebaran email/facebook
1- orang mudah percaya kepada khabar angin iaitu berita yg belum dipastikan kebenarannya
2. orang akan berprasangka buruk terhadap orang yang difitnah
3. tatasusila dan adab etika hidup bermasyarakat dicabar. masyarakat susah nak percaya cerita yang benar lagi..orang rasa was-was terhadap sesuatu berita...betul ke tidak ni...
Kaedah mengawal kandungan kontroversi
ada 3 iaitu guna keyword blocking/ menghalang menggunakan perkataan, site blocking/halang memasuki web dan web rating sistem /sistem mengkelaskan web
oleh kerana pelbagai maklumat internet boleh diakses dgn mudah, ia perlu ditapis supaya kandungan yang tidak elok dapat dihalang daripada di asses pengguna
halang akses bahan terlarang dan supaya pekerja lebih produktif. jangan masa kerja buang masa main internet
Cara untuk filter / tapis kandungan web daripada di akses iaitu 3 :
1. Keyword blocking - senaraikan perkataan terlarang. Jika pengguna menaip pada serch enjin, secara automatic lama web yg ada kaitan dengan perkataan yang dimasukkan dalam senarai akan disekat daripada di akses. ctnnya perkataan ' jahat' . jika laman itu ada perkatan 'jahat' ia tidak dapat diakses
cth : KOTAK SEARCH ENGINE - cari gambar bunga
hasilnya semua site yang ada gmabar bunga tak boleh dibuka
2. Site blocking / sekatan laman web- memasukkan senarai alamat laman web atau URL yg tidak boleh dicapai oleh pengguna. Jika pengguna taip URL pada location bar, laman web itu tidak akan dipaparkan. ' server note found keluar'
cth : Jika pengguna taip http://facebook.com - laman facebook tak boleh bukak
3. Web rating system - sistem pengkelasan web . mengkelaskan laman web mengikut tajuk. cth laman web dewasa, laman web tentera, laman web pendidikan. pelayar web hanya membenarkan laman web yg telah dikelaskan boleh sahaja dilayari. cthnya hanya boleh buka laman berbentuk pendidikan sahaja.
JENAYAH KOMPUTER
iaitu sebarang aktiviti jenayah melibatkan penggunaan komputer. cth nya seperti penipuan komputer, cetak rompak, dan serangan komputer
undang-undang cyber / cyber law iaitu akta utk melindungi pengguna internet dan teknologi komunikasi atas talian
tujuannya utk lindungi maklumat, transasksi online,kerahsiaan maklumat,harta intelek dan keselamatan data kerajaan
UNDANG-UNDANG SIBER DI MALAYSIA ialah:
1. Akta tandantangan digital 1997
2. Akta jenayah komputer 1997
3. Akta teleperubatan 1997
4. Akta hakcipta 2000
5. Akta paten 1983
6. Akta rekaan industri 1996
Contoh jenayah komputer:
1. Penipuan komputer / computer fraud- orang yg menggunakan kemahiran komputernya dengan mengambil kesempatan ke atas orang lain untuk kepentingan dan mendapatkan keuntungan. Caranya melalui email-hoaxes / helah email, penipuan program , skim pelaburan, promosi jualan dan tuntutan kepakaran dalam sesutau bidang
2. Pelanggaran hakcipta / cetak rompak - menggunakan hasil kerja orang lain dan menjadikannya milik sendiri. cth salin CD lagu dan jual kat pasar malam
3. Kecurian komputer - menggunakan atau mencuri milik orang lain tanpa kebenaran pemilik asal. cthnya memindah bayaran kepada penerima yang salah menerusi akaun bank. hecking atau ceroboh penghantaran data dalam pengkalan data dan melencongkan penghantaran barang ke tempat lain atau penerima yang tidak sah
4. Serangan komputer - aktiviti mengganggu sistem komputer seperti merosakkan data atau peralatan sistem komputer.
serangan komputer dalam 3 bentuk: serangan fizikal, elektronik dan serangan sistem rangkaian
1. serangan fizikal - rosakkan komputer atau talian penghantarannya. potong cable
2. serangan elektronik- gunakan kuasa elektromagnet untuk rosakkan litar induk komputer
3. Serangan rangkaian komputer- guna kod berniat jahat (maliciuos code) utk mengekploitasi kelemahan perisian.
KAWALAN KESELAMATAN KOMPUTER
kawalan keselamatan komputer iaitu perlindungan ke atas sistem komputer dan maklumat daripada diceroboh /dimasuki secara tidak sah, kerosakan kerana pencerobohan , dimusnahkan atau ubahsuai secara tidak sah serta malapetaka semulajadi.
Ada 4 cara untuk menjaga keselamatan komputer untuk menghalang penggodam dan penceroboh sistem, unsur sabotaj atau seupamanya iaitu melalui keselamatan perkakasan, keselamatan perisian, keselamatan rangkaian dan mengambil langkah-langkah keselamatan aspek manusia
1. keselamatan perkakasan - kunci komputer guna kunci komputer atau mangga kunci
2. Keselamatan perisian - pasang antivirus , antispyware
3.Keselamatan rangkaian - pasang firewall
4. Aspek manusia - pekerja perlu berhati-hati semasa mengurus sistem komputer. Elakkan kesemua ancaman komputer daripada berlaku
ANCAMAN KESELAMATAN KOMPUTER
1. Maliciuos code / kod berniat jahat- iaitu program nakal berniat jahat. menyebabkan kerosakan pada perisian lain. pencipta kod jahat ini suka kalau sistem komputer rosak dan tidak dapat beroperasi. cth kod berniat jahat ini adalah virus, kuda trojan/trojan horse, bom logik,trapdoor dan backdoor, cacing/worm dsb.
2. Penggodam / hacker - biasanya orang yg mahir dalam IT. memasuki sistem komputer secara tidak sah. mendapatkan data dan menjualnya dan merosakkan data dan sistem komputer yang diceroboh.
3. Kecurian komputer secara fizikal dan menggunakan komputer sebagai medium untuk mencuri. cthnya memindahkan wang daripada akun bank ke akaun yg salah dan mencuri komputer secara fizikal. cthnya curi notebook dan jual kepada orang lain.
4. Malapelata semula jadi /bencana alam /natural and environment threat cthnya banjir,ribut,gemabumi,puting beliung, kebakaran, bebanan kuasa letrik
Termasuk dalam skop pencurian komputer ialah mencuri duit, barangan dan maklumat serta sumber menggunakan komputer. mencuri komputer secara fizikal seperti mencuri komputer riba dan jual kepada orang lain atau pakai sendiri. mengguna komputer untuk mencuri duit di bank adalah bentuk pencurian komputer secara bukan fizikal. guna komputer untuk buat jenayah
Langkah keselamatan - Computer threat VS security measure
1. ancaman virus - kena guna antivirus seperti kaspersky antivirus, AVG,Avira, Panda , Norton, Mac Affe antivirus dsb..
2. Spyware - guna antispyware sepert Ad Aware, Spybot Search and Destroy
3. Cryptografi - menyembunyikan maklumat- Proses Encryript iaitu mengubah data kepada bentuk tertentu supaya orang lain tak dapat baca kecuali penerima sahaja. Ia kemudian perlu ditukar semula ke bentuk difahami oleh penerima - Proses decryption/ decrypt - menormalkan semula
cth : teks normal = akaun saya, teks yg di kript mungkin dilihat begini = (*nb%6 @!?<
4. Kehilangan data akibat bencana alam - kena buat backup data/salinan data ke dalam thumbdrive, CD, external hard disk, simpan kat webhosting atas talian
5. Pencerobohan ke dalam sistem komputer - pasang firewall. iaitu perisian penapis atau komputer host yg befungsi menghalang pencerobohan.
6. Aspek manusia - pengguna komputer perlu diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap keselamatan komputer. Sebarang ancaman terhadap sistem komputer dan data hendaklah dicegah dari awal.
thanks!!
ReplyDeletebnyak maklumat....
ReplyDelete