sistem komputer iaitu kombinasi komponen yg direkabentuk untuk memproses data dan menyimpan fail
Sistem komputer terdiri daripada empat komponen yang utama iaitu:
1. Input
2. Output
3. Proses
4. Storan
Input iaitu proses memasukkan data mentah ke dalam komputer menggunakan peranti input untuk diproses menjadi maklumat berguna. Contoh input ialah teks, grafik,audio dan video. Manakala peranti input pula seperti papan kekunci untuk memasukkan teks, menggunakan tetikus untuk membuat pilihan, menggunakan mikrofon untuk memasukkan audio dan menggunakan kamera video digital untuk memasukkan video.
Proses iaitu menukar data kepada maklumat yang berguna. Dalam sistem komputer, proses akan dilaksanakan oleh pemproses (CPU).
Output iaitu maklumat berguna yang dihasilkan melalui pemprosesan ke atas data atau arahan yang dilaksanakan oleh CPU.
Storan pula iaitu lokasi di mana data , arahan atau maklumat disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan. Selain menyimpan data , storan juga digunakan untuk menyimpan perisian sistem dan perisian aplikasi.
Rujukan http://www.buzzle.com/articles/information-processing-cycle.html
KITARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT
Komputer melaksana satu arahan pada satu masa. Sebelum satu arahan dilaksanakan, arahan dan data dari peranti input atau storan kedua akan dipindahkan ke dalam memori utama atau RAM.
4 kitaran proses tersebut ialah Fetching (angkut), decode (terjemah), execute (laksana), storing (simpan)
Rujukan : http://msaiful391.blogspot.com/
1. Fetching - Unit kawalan (Control unit) akan mengangkut arahan aturcara dan data daripada ingatan utama
2. Decode - Unit kawalan akan menterjemah arahan aturcara dan memindahkan data yang diperlukan dari ingatan ke unit Aritmethik dan Logic ( ALU)
3. Execute - unit aritmethic dan logic unit akan melaksanakan arahan arimethic dan logic
4. Storing - Unit aritmethic dan logik akan menyimpan hasil pemprosesan ke dalam ingatan utama atau ingatan kedua / storan sekunder.
PERWAKILAN DATA / data representation
sistem komputer hanya mengenal semua data, nombor, huruf dan simbol sebagai nombor.
sistem penomboran yang diguna diwakilkan dengan sistem nombor perduaan dikenali sebagai kod binari, nombor perenambelasan dikenali hexadecimal dan perlapan dikenali octal.
komputer menggunakan digit perduaan iaitu perwakilan data 0 dan 1 yang disebut bit.
1. Bit - unit terkecil dalam perwakilan data. bit merujuk binary digit
komputer hanya tahu membaca bahasa mesin sahaja. perwakilan nombor 1 dan 0 ini menunjukkan denyutan isyarat elektrik.
1 bermaksud ON atau TRUE atau YES
0 bermaksud OFF atau FALSE atau NO
2. Bait / byte - unit yang terbina daripada 8 bit. contohnya 10101010 adalah 8 bit. Ada 256 aksara yang mewakili byte.
3. Aksara / character - satu aksara seperti huruf 'A' bersamaan dengan 8 bit atau 1 byte.
Aksara A diwakilkan dengan digit 01000001.
KOD BINARI
Apakah nombor binari?
Nombor binari ialah nombor yang menggunakan dua digit sahaja iaitu 0 dan 1. dua digit ini disebut bit iaitu singkatan untuk binari digit. Dalam istilah komputer, nombor (0,1,2,3..), huruf abjad (A,B,C..) dan symbol khas (!,@,#,$..) dipanggil aksara. Aksara-aksara ini diwakilkan dengan 1 bait iaitu himpunan 8 bit.
3 jenis skema kod binari yang digunakan untuk mewakili aksar iaitu:
Kod ASCII iaitu singkatan bagi American Standard Code For Information Interchange. Kod ini paling luas digunakan pada mikrokomputer.
EBCDIC ialah singkatan bagi Extended Binary Coded Decimal Interchange Code. Ia direka oleh IBM khusus untuk komputer berkeupayaan tinggi.
Unicode dibangunkan oleh Unicode Inc dengan sokongan Apple, IBM dan Microsoft. Unicode menggunakan 16 bit bagi mewakilkan aksara. Dengan 16 bit, ia boleh mewakilkan lebih banyak aksara.
Rujuk sini
PENGUKURAN DATA
bit = unit terkecil dalam perwakilan data. Terdiri dari kod binari 1 dan 0
1 byte = 8 bit
1 kilobyte (KB) = 1024 byte
1 megabyte (MB) = 1024 kilobyte
1 gigabyte (GB)= 1073,741,824 byte
1 gigabyte = 1,024 megabyte
1 KB= 1024 byte= 2^10 byte
2^0=1
2^1=2
2^2=4
2^3=8
2^4=16
2^5=32
2^6=64
2^7=128
2^8=256
2^9=512
2^10 =1024
1MB=2^20 byte
1GB=2^30 byte
1 TB=2^40 byte
UKURAN KELAJUAN JAM CPU
CPU speed merujuk kelajuan CPU melaksana arahan atau memproses data menjadi maklumat.
Kelajuan jam merujuk sekerap mana CPU berdetik setiap saat. Satu detikan bermaksud satu arahan sedang dilaksana. Satu arahan bermaksud satu kitaran pemprosesan maklumat bermula daripada fetching, decode, execute dan storing.
Kelajuan jam diukur dengan unit hertz. Semakin laju jam semakin pantas CPU memproses maklumat.
1 hertz = 1 pusingan / 1 saat
1 megahertz = 1,000,000 pusingan / 1 saat
1 gigahertz = 1,000,000,000 pusingan / 1 saat
1 GHZ = 1000 MHz
PERKAKASAN / HARDWARE
Peranti input
1. Papan kekunci - untuk memasukkan teks
2. Mesin pengimbas / scanner - memasukkan imej ke dalam komputer
3. Mikrofon - merekod bunyi
4. Kamera video digital / web cam - memasukkan video ke dalam komputer
5. Kayu ria / joysticks / tetikus - membuat pilihan arahan
6. Bar scanner - membaca kod bar
7. MIDI Keyboard - memasukkan muzik ke dalam komputer (MIDI=musical instrument digital interface)
Peranti output:
1. Monitor/ LCD monitor / projektor LCD - memaparkan teks, grafik
2. Pembesar suara - memperdengarkan audio
3. Pencetak - mencetak teks dan grafik
PAPAN INDUK / PAPAN UTAMA / MOTHERBOARD
www.techiwarehouse.com/ cat/13/Motherboard
Papan induk iaitu tempat di mana komponen-komponen komputer di sambung kepadanya.
1. Lihat di sini keterangan tentang moteherboard
2. lagi di sini
Apa yang ada pada sebuah motherboad:
1. Expansion slot - tempat meletakkan kad tambahan / adapter card contohnya kad network, kad grafik,kad audio, kad video dll.
2. Port - contohnya port audio, port COM, port VGA, Port USB, port RJ45, port modem
3. Soket CPU
4. Slot untuk RAM
5. Connector port untuk hard disk, floppy disk, cdrom/dvdrom disk
STORAN KOMPUTER
Ada dua jenis storan iaitu storan utama (primary storage) dan storan kedua (secondary storage)
STORAN PRIMER
1. RAM -random access memory (ingatan capaian rawak) adalah storan utama.
2. ROM - random access memory(ingatan baca sahaja) juga adalah storan primer
Rajah : Cip BIOS - Basic Input Output System
storan primer adalah memori dalaman yang terus dicapai oleh CPU.
Perbezaan antara ROM dan RAM
ROM
- ingatan baca sahaja.
- dimasukkan oleh pengeluarnya di kilang
- data di dalamnya tidak boleh di tambah atau dibuang
- ingatan atau data di dalamnya kekal
- tidak meruap. selepas komputer di matikan suisnya dan dihidupkan semula, data masih ada
- didalamnya tersimpan arahan yang kompleks contohnya arahan untuk menghidupkan komputer iaitu BIOS ( Basic Input Output System)
RAM
- dikenali sebagai ingatan yang bekerja (working memory)
- data boleh ditulis dan dibaca
- merupa. ingatan sementara sahaja. bila komputer dipadam, data akan hilang
- RAM menyimpan data buat sementara sehingga ia data dimasukkan ke dalam storan sekunder
STORAN SEKUNDER / secondary storage
1. Hard disk
2. Cakera liut
3. Thumbdrive
4. CDROM 740 MB
5. DVD 4 GB
6. BlueRay Disk - 20 GB
Perbezaan storan primer dan storan sekunder
storan primer / primary storage ( merujuk RAM):
1. simpan data - sementara sahaja. data hilang bila komputer di switch off
2. Kapasiti storan - terhad
3. Masa akses - laju/cepat
4. Keperluan - wajib ada. komputer tak boleh start tanpa storan primer
storan sekunder / secondary storage
1. Simpan data kekal sehingga ia dipadam/didelete
2. Kapasiti storan - unlimited - besar
3. Masa akses - perlahan
4. Keperluan - alternatif. Tiada storan primer PC masih boleh start ( sehingga BIOS sahaja)
PERISIAN KOMPUTER
Ada dua jenis perisian iatu perisian sistem dan perisian aplikasi
Perisian sistem terdiri daripada sistem operasi seperti windows XP, Windows Vista
Perisian utiliti seperti Winzip, Antivirus
SISTEM OPERASI
Platform sistem operasi
1. PC paltform seperti DOS, Windows XP, Windows Vista, Windows 7
2. Apple paltaform seperti MAC OS , MAX OS X
3. Cross Platform OS - Unix, Linux
FUNGSI SISTEM OPERASI KOMPUTER
1. Memulakan komputer - start PC
2. Mempersembah antaramuka pengguna
3. Mengurus data dan progam
4. Mengurus memori
5. konfigurasi peranti / menyelaras perkakasan
ANTARA MUKA PENGGUNA SISTEM OPERASI
1. Antara muka pengguna baris perintah - command prompt user interface
2. Antara muka pengguna pacuan menu - menu driven user interface
3. Antara muka pengguna bergrafik - graphic user interface / GUI
Antara muka pengguna baris perintah
- paparan skrin biasanya kosong dan ada pendorong sahaja (blank screen ) cthnya C:/>_
- contoh sistem operasi seperti DOS, UNIX
- pengguna perlu ingat arahan atau command
- contoh arahan seperti MD untuk make directory, CD change directory, COPY, DELETE, RENAME, SCANDISK, DEFRAG, COPYCON, DELTREE, MKDIR , CLS
-Jika tidak ingat arahan, pengguna tidak akan boleh menggunakan komputer
- Tak berapa mesra pengguna
- Arahan atau sintaks sukar diingat dalam kepala
Antara muka pengguna menu driven
- menyediakan menu berbentuk tarik dan turun
- pengguna perlu membuat pilihan menggunakan kekunci arah kanan,kiri, atas , bawah pada papan kekunci.
- Arahan seperti COPY, PASTE, DELETE, RENAME di pilih menggunakan menu naik turun
- menu berasaskan teks. Tiada butang atau ikon.
Antara muka pengguna bergrafik - GUI - Graphic user interface
- Mempunyai butang navigasi
- Mempunyai ikon-ikon
- Mesra pengguna dan mudah dipelajari
- Multi tasking - boleh melaksanakan lebih dari satu aktiviti serentak. Contohnya dalam masa yang sama boleh taip dokumen, dengar lagu dan tonton video.
PERISIAN APLIKASI
Jenis-jenis perisian aplikasi:
1. Perisian pemproses perkataan / Word prosessing- contohnya Microsof Word, Corel Word Perfect. Perisian ini untuk taip dokumen seperti taip surat, memo, laporan.
2. Perisian hamparan elektronik / spreedsheet . cthnya Microsof Excell
Perisian ini untuk buat pengiraan contohnya membuat anggaran kos perbelanjaan, membuat akaun, menganalis pelaburan, mengira pinjaman, menyediakan penyata kewangan
3. Perisian persembahan / presentation software - cthnya Microsof Powerpoint, Star office Impress, Harvard Graphic. Perisian ini untuk menggabungkan elemen teks, grafik, audio,video dan animasi dalam bentuk slaid persembahan.
4. Perisian pengkalan data / database software - cthnya Microsof Access
Perisian ini untuk menyediakan rekod pengkalan data. cthnya rekod pendaftaran pelajar, rekod pesakit
5. Perisian editor grafik - contohnya Adobe Photoshop , Adobe Illustrator
PROGRAM UTILITI
contoh program utiliti seeprti File Manager, Diagnotik Tools, Data compression
1. File manager - untuk mengurus dalam cakera. cth fungsi copy,delete,remove,cut,paste,rename, add new folder, delete folder. Cth perisian Windows Explorer
2. Diagnostik utility - memberikan maklumat teknikal berkaitan komputer. Mencari masalah kompuetr dan memperbetulkannya . cth perisian Norton Utilities
3. Data compression - mempatkan data untuk menjimatkan ruang storan. Cthnya menghantar melalui email kerana saiz fail kecil, masa penghantaran adalah cepat. Cth perisian ialah WINZIP, PKZIP,WinRAR
PROPRIETARY AND OPEN SOURCE SOFTWARE / perisian berpemilik dan perisian sumber terbuka
Perisian berpemilik
- iaitu perisian sumber tertutup.
- perisian berlesen
- pengguna kena beli untuk menggunakannya
- kod aturcara atau kod sumber program tidak didedahkan kepada umum
- tidak boleh disalin atau dicetak rompak
- ada produk key atau serial number
- contohnya Windows XP, MAC OS X
- perisian mudah di pasang dan senang diupdate
- boleh diguna secara percuma
- kod sumber didedahkan dan boleh diubahsuai
- Tiada lesen - perisian kos rendah
- Perkhidmatan sokongan teknikal tidak disediakan
- Contoh : GIMP, Mozilla Firefox, Ubuntu, Redhat Linux, Audacity
PC ASSEMBLE - PEMASANGAN KOMPUTER
1. Pasang CPU
2. Pasang kad video
3. Pasang Floppy disk
4. Pasang hard disk
5. Sambung komponen
6. Set BIOS
7. Buat partition pada hard disk
8. Fromat hard disk
9. Install sistem operasi
10. Install perisisn aplikasi dan perisian utiliti
( Rujuk dekat laman You Tube- tutorial banyak di sana..)