Monday, March 29, 2010

kilobait

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Kilobait bermaksud 1,000 bait. Singkatannya ialah kB, KB, K atau k.
Telah menjadi tanggapan umum, kilo membawa maksud "1,000" berdasarkan SI (International System of Units). Bagaimanapun, dalam bidang komputer, ia membawa maksud 1,024 (210). Oleh yang demikian, satu Kilobait adalah bersamaan 1,024 bait.
Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (International Electrotechnical Commission) mendefinisikan kilobait sebagai 1,000 bait manakala 1,024 bait (seperti yang diguna pakai dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi selama ini) dipanggil kibibyte (KiB). Namun penggunaannya masih tidak begitu meluas kerana tidak ramai yang menggunakannya.
Catatan: Adalah menjadi satu kesilapan menggunakan huruf "b" apabila merujuk kepada singkatan bait. Huruf "b" merujuk kepada bit yang biasanya digunakan sebagai singkatan kepada Kilobit (Kb) sebagai penentu-ukuran jumlah pergerakan data dalam bidang Telekomunikasi dan rangkaian komputer. Sebagai contoh, modem 56 Kbps (kilobit per second) berkeupayaan memindahkan sehingga 56 kilobit data dalam 1 saat.

Rujuk laman ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Kilobait

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.